Bayi Alah Dengan Orang Ramai

0 comments



Bayi mudah mendapat alahan melalui sentuhan ataupun melalui udara jika dibawa berjalan ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai seperti pusat membeli belah (apatah lagi jika disentuh oleh ramai orang). Perkara ini biasa terjadi tetapi doktor hospital tidak dapat menjelaskannya secara saintifik dan tidak dapat menentukan penyelesaiannya. Dengan memahami punca masalah ini, insya Allah ia dapat diatasi, dirawat dan langkah berjaga-jaga dapat diambil.

Bayi yang tidak sihat mudah menangis. Kesihatan bayi boleh terganggu disebabkan oleh jangkitan atau pemakanan. Bayi yang kerap disentuh oleh tangan yang tidak dicuci terlebih dahulu mungkin akan menyebabkan bakteria boleh berpindah kepada bayi. Tetapi bukan semua bayi sensitif terhadap jangkitan, bayi yang alah dengan susu lembu adalah bayi yang juga alah kepada jangkitan.

Kadang kala dia bukan sakit atau tidak sihat, tetapi menangis kerana emosi yang amat kuat merindui orang ramai yang berjumpa dengannya. Semasa di kampung bayi akan rasa meriah, tetapi apabila pulang ke rumah, bayi akan rasa kesunyian. Keadaan ini juga berlaku terhadap diri kita.

Kita boleh buat ujian ringkas punca bayi menagis apabila mengesyaki disebabkan disentuh oleh orang ramai itu sama ada dijangkiti atau emosi kerinduan.

1. Sekiranya bayi lebih kerap muak atau membuang air besar, itu tanda jangkitan.
2. Sekiranya bayi tidak berselera untuk makan, itu tanda gangguan emosi kerinduan.

Jika bayi sensitif, kurangkan memberi susu lembu kepadanya sebalikknya lebihkan susu ibu.

Jika bayi mendapat gangguan emosi kerinduan, ajuk suara orang yang paling bayi sukai atau yang paling banyak bergurau dengan bayi. Biasanya suara ayah atau ibu yang menyakat bayi atau adik paling bongsu.

Insya Allah, cubalah kaedah ini. Mudah-mudahan berkesan dan immmune bayi akan bertambah kuat.

Antara sebab lain ialah kemungkinan bayi ada mewarisi penyakit genetik daripada ibu bapanya. Tetapi ia bukan sekadar kerap menangis ketika pulang dari kampung, malah sepanjang masa, cuma ia berlebih-lebihan apabila pulang dari kampung. Jika ini berlaku, bayi perlu menjalani pemeriksaan dan dirawat segera.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Millchka Industries | Log In, MP Design