Sistem darah berkaitan dengan kawasan
Thalamus. Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan
kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan
perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan
lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan
perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh
dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan
membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan
minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran
kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih
sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.Sumber
Penjanaan EQ (Emotional Quotient)
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing
juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati,
merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal , Kelenjar Pitutary , Hati
, Hempedu , Pankreas , Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan
testis.
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan
hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan
seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan
pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu
penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional
quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya
Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.
0 comments:
Post a Comment