Kebijaksanaan boleh ditolokbandingkan.
Setiap bahagian otak mengawal deria yang berbeza. Oleh itu, untuk mengenal dan
merawat sesuatu bahagian otak, ia boleh diketahui daripada bahagian deria. Cuba
perhatikan sama ada anda memiliki kesemua kebijaksanaan ini atau beberapa
sahaja. Jika sesuatu deria itu lemah, maka terdapat kelemahan untuk sesuatu zon
kebijaksanaan.
Mengkaji kebijaksanaan adalah langkah
untuk menyelesaikan masalah karektor dan pencapaian dalam taraf hidup dan
akademik terutama bagi kalangan kanak-kanak. Kajian ini juga akan membantu
merawat beberapa symptom yang berkaitan perkembangan minda kanak-kanak seperti
ADHD, ADD, Disleksia, Autism, Impulsiviti, Merajuk, Meradang Berlebihan,
Menangis Berlebihan, Kemurungan dan sebagainya. Ganggauan minda kanak-kanak
atau biasanya disebut kanak-kanak bermasalah sebenarnya cuma disebabkan oleh
kelemahan yang berlaku di sekitar kawasan otak dan berpotensi dirawat, selagi
ia tidak spestik (kecederaan tisu atau kecacatan kekal).
Kebijaksanaan Nuturalis (Bijak alamiah
atau bijak persekitaran)
Deria: Hidung (Zon 1)
Kebijaksanaan nuturalis melibatkan
pengetahuan yang sepenuhnya terhadap apa yang berlaku melalui pertembungan
dengan alam semula jadi termasuk pengiktirafan, penghargaan dan pemahaman
terhadap alam sekitar. Ia melibatkan kemampuan kearifan atau kepakaran pada
species, perhubungan dengan alam semula jadi dan segala fenomenanya dan keboleh
dalam mengenalpasti dan mengklasifikasi pelbagai flora dan fauna.
Jika anda mempunyai kebijaksanaan jenis
ini bermakna anda memiliki kecintaan yang amat mendalam terhadap haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan hampir kesemua benda-benda semula jadi. Kemungkinan anda
tertawan oleh perkara-perkara seperti perubahan cuaca, perubahan warna
daun-daun yang berguguran daripada pepohonan, bunyi-bunyian daripada bayu yang
bertiup, kehangantan mentari atau serangga di dalam rumah anda. Ketika dari
usia muda lagi anda suka mengumpul benda-benda semulajadi seperti kumbang,
batu, daun-daun, cengkerang laut, dahan-dahan dan sebagainya untuk koleksi.
Boleh jadi anda membawa pulang ke rumah pelbagai haiwan yang hilang atau sesat
di jalanan atau mungkin juga anda mempunyai beberapa haiwan peliharaan lain.
Anda mempunyai hubungan yang rapat dan amat menghormati segala kehidupan.
Kebijaksanaan Visual Ruang (Bijak seni
atau bijak gambar)
Deria: Mata (Zon 2)
Kita sering mendengar bahawa “satu kali
melihat lebih baik daripada seribu kali mendengar” atau melihat adalah
mempercayai. Kebijaksanaan ini menunjukkan bahawa anda memperolehi pengetahuan
yang terjadi melalui bentuk, imej, corak, rekabentuk dan tekstur yang anda
lihat dengan mata. Namun begitu ia juga juga termasuk setiap bentuk imej yang
anda bayangkan di dalam minda anda.
Jika anda memiliki kebijaksanaan ini,
bermakna anda lebih cenderung berfikir dalam bentuk imej dan gambar.
Kemungkinan besar anda sangat sensitive terhadap objek, bentuk, warna, tekstur
dan corak di persekitaran anda. Anda mungkin suka melukis, mewarna dan minat
merekabentuk dan mencorak, membina sesuatu dengan menggunakan kertas dan
fabric. Kebanyakan orang yang mempunyai kepekaan daria mata amat meminati
aktiviti mencantum “jigsaw puzzle”, membaca peta dan mencari jalan-jalan di
tempat-tempat baru. Mungkin anda mempunyai pandangan yang tepat terhadap
percampuran warna-warna yang baik, tekstur yang menarik dan bagaimana caranya
menghiasi bilik atau ruang tamu. Anda juga sangat baik dalam melakukan
kerja-kerja yang memerlukan daya melihat di dalam minda seperti visualisasi,
imaginasi, berpura-pura dan membentuk imej dalam minda.
Kebijaksanaan Muzik – Irama (Bijak
muzik atau bijak bunyi)
Deria: Telinga (Zon 3)
Pengetahuan daripada jenis ini
diperolehi melalui getaran dan bunyi-bunyian. Walaupun kebijaksanaan ini
dinamakan sebagai kebijaksanaan muzik – irama, namun ia tidaklah terhad kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan muzik dan rentak / irama, tetapi ia juga
adalah berkait rapat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan
getaran-getaran pendengaran. Ini disebabkan ia bersangkutan dengan setiap
bunyi, tone, rentak dan corak getaran serta muzik.
Jika anda mempunyai kebijaksanaan jenis
ini, kemungkinan besar anda sangat meminati muzik dan rentak-rentak irama.
Mungkin anda sangat sensitive terhadap bunyi-bunyi yang terdapat pada alam
sekitar seperti kicauan burung atau bunyi titisan hujan di atap rumah. Mungkin
anda lebih selesa bekerja dengan berlatar belakangkan bunyi-bunyian muzik. Anda
sering boleh mengeluarkan semula melodi atau rentak irama setelah anda
mendengarnya sekali sahaja. Terdapat pelbagai bunyi, tone dan rentak yang boleh
memberikan kesan terhadap anda seperti perubahan ekspresi wajah, pergerakan
badan atau tindak balas emosi.Barangkali anda suka mencipta lagu dan suka
mendengar pelbagai rentak muzik. Boleh jadi anda mempunyi kebolehan meniru
bunyi-bunyian, loghat bahasa atau lain-lain bentuk percakapan dan anda mungkin
juga boleh mengecam pelbagai jenis instrument muzik dalam satu-satu komposisi.
Kebijaksanaan Verbal-Linguistik (Bijak
perkataan atau bijak buku)
Deria: Bulu Roma (Zon 4)
Kebijaksanaan Verbal – Linguistik
kadangkala disebut sebagai bijak buku atau bijak perkataan. Kebijaksanaan ini
melibatkan pengetahuan yang datang melalui bahasa, melalui pembacaan, penulisan
dan pertuturan. Ia melibatkan pemahaman susunan dan maksud perkataan sama ada
melalui percakapan atau penulisan dan bagaimana menggunakan bahasa secara
betul. Ia juga melibatkan pemahaman nuance (perbezaan yang halus) sosiobudaya
pada satu-satu bahasa termasuk peribahasa, permainan perkataan dan humor yang
berasaskan bahasa.
Jika anda mempunyai deria bulu roma
yang dominant, bermakna anda memiliki kemahiran membaca, bertutur dan menulis
yang tinggi dan anda juga lebih cenderung berfikir dalam perkataan. Boleh jadi
anda meminati pelbagai jenis bahan bacaan, bermain permainan perkataan,
mencipta puisi atau sajak dan cerita, melibatkan diri dengan perbincangan
bersama orang ramai, perbahasan, pertuturan rasmi, penulisan kreatif dan
berjenaka. Anda mungkin mudah mengekspresi diri anda dan naik radang padahal
orang lain tidak. Anda suka mempelajari perkataan baru, anda melakukan
penulisan tugasan dengan baik dan pemahaman anda dalam segala pembacaan anda
adalah dangat tinggi.
Kebijaksanaan Intrapersonal (Bijak diri
atau bijak penelitian)
Deria: Kulit (Zon 5)
Inti kebijaksanaan ini adalah kebolehan
merenung diri kemanusiaan anda sendiri di mana anda boleh melangkah keluar
daripada diri anda sendiri dan berfikir tentang kehidupan anda sendiri. Ini
adalah kebijaksanaan penelitian. Ia melibatkan kecenderungan kemanusiaan yang
mahu mengetahui maksud, tujuan dan kepentingan / signifikasi sesuatu perkara.
Ia melibatkan kesedaran anda terhadap dunia dalaman pada diri, emosi, nilai,
kepercayaan dan pelbagai pencarian hakikat kerohanian.
Jika anda mempunyai kebijaksanaan ini,
boleh jadi anda suka melakukan kerja-kerja secara sendirian dan kadangkala anda
malu pada orang lain. Anda mungkin suka memikirkan tentang diri sendiri dan
kesedaran diri dengan demikian anda cenderung berada di dalam perasaan, nilai,
kepercayaan diri dan proses berfikir. Anda adalah pembawa kebijaksanaan kreati
dan celik akal, daya intuisi anda sangat tinggi, dan anda adalah termotivasi
secara dalaman bukan luaran. Keinginan anda, keyakinan diri tinggi dan
mempunyai pandangan atau pendapat yang baik dan jelas di dalam hampir setiap
isu atau perkara. Orang lain sering berjumpa anda untk mendapatkan nasihat
serta pandangan.
Kebijaksanaan Interpersonal (Bijak
beramai-ramai atau bijak berkumpulan)
Deria : Suara (Zon 6)
Kebijaksanaan ini adalah daripada
individu ke individu. Pengetahuan diperolehi ketika bekerjasama dengan orang
lain, seringkali menjadi sebahagian daripada perkumpulan. Pengetahuan cara ini
juga memerlukan segala kemahiran sosial untuk hubungan dan komunikasi berkesan
antara individu ke individu yang lain.
Jika anda mempunyai kebijaksanaan ini,
bermakna anda belajar melalui interaksi personal. Barangkali anda mempunyai
ramai kawan atau kenalan, mempunyai empati terhadap orang lain dan mempunyai
pemahaman yang dalam terhadap pandangan orang lain. Anda mungkin menyukai
segala jenis aktiviti berkumpulan dan anda adalah ahli kumpulan yang baik
seperti suka melakukan sesuatu kerja bersama-sama dan sebagainya. Anda sensitif
terhadap perasaan dan idea orang lain dan pandai membawa idea anda dan pemikiran
orang lain. Anda pandai ‘memancing’ orang lain dalam perbincangan Anda juga
mahir menjadi pengantara dalam sesuatu konflik dan mencari jalan tengah ketika
orang lain sedang mengalami pertentangan antara satu sama lain.
Kebijaksanaan Logik – Matematik (Bijak
nombor atau bijak logik)
Deria : Lidah (Zon 7)
Kebijaksanaan menggunakan nombor,
metematik dan logik dalam mencari dan mememahami pelbagai corak atau perkara
yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti corak pemikiran, corak nombor,
corak visual, corak warna dan seteruanya. Ia bermula dengan corak dalam dunia
sebenar tetapi semakin meningkat ke tahap yang lebih abstrak apabila kita cuba
memahami hubungan dalam setiap corak yang anda lihat.
Jika anda mempunyai deria ini, bermakna
anda lebih cenderung berfikir secara konsep dan secara abstrak dan sering mampu
melihat corak dan hubungan yang mana orang lain tidak dapat melihatnya. Boleh
jadi anda suka melakukan eksperimen, menyelesaikan masalah menanyakan
soalan-soalan yang berkenaan dengan alam semesta, menganalisa peristiwa atau
keadaan dan sikap-sikap manusia. Mungkin anda suka melakukan aktiviti
menggunakan nombor, formula dan operasi matematik dan anda sangat minat dalam
menyelesaikan masalah-masalah kompleks yang mencabar. Boleh jadi anda adalah
seorang yang sistematik dan tersusun dan kemungkinan juga ana mempunyai
pemikiran ang logik dan rasional atau hujak atau alasan atas setiap apa yang
anda lakukan atau fikirkan pada setiap masa.
Kebijaksanaan Fizikal – Kinestatik
(bijak fikizal atau bijak pergerakan)
Deria : Fizikal (zon 8)
Seringkali kita perkatakan tentang
‘belajar dengan melakukannya’. Pengetahuan diperolehi daripada pergerakan
fizikal dan juga pergerakan fizikal tubuh yang tidak semestinya diketahui oleh
minda sedar dan pemikiran logic seperti bagaimana mengayuh basikal, bagaimana
meletakkan kereta secara betul, menari, menangkap objek yang dibalingkan,
mengekalkan keseimbangan ketika berjalan dan menekan kekunci computer.
Jika anda mempunyai kekuatan di dalam
kebijaksanaan ini, bermakna anda lebih cenderung mempunyai kesedaran deria
tubuh yang tinggi. Anda meminati pergerakan fizikal, menari, melakukan dan
mencipta sesuatu dengan tangan anda dan juga bermain peranan. Boleh jadi anda
sangat baik dalam komunikasi bahasa isyarat tubuh. Selalunya anda akan
melakukan sesuatu kerja dengan baik setelah anda melihat orang lain
melakukannya dahulu. Kemudian anda menirunya semula. Kemungkinan anda meminati
aktiviti-aktiviti fizikal, anda suka tunjukkan bagaimana untuk melakukan
sesuatu terhadap orang lain. Anda tidak selesa duduk tetap pada satu-satu
tempat dalam masa yang lama dan mudah merasa bosan dan bingung jika anda tidak
terlibat secara aktif dalam setiap apa yang berlaku di sekeliling anda.
0 comments:
Post a Comment