Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia
‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,
membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan
sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2) Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab
memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga
kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula
kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak
21 biji setiap hari.
3) Susu segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju,
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang
terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang
segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4) Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang
masih baru.
5) Halia
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah
atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada
waktu pagi.
6) Buah Delima
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa
yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya
selama 40 hari.”
0 comments:
Post a Comment