Adakah anda sedang
hamil atau ibu menyusu? Mungkin juga anda mempunyai anak kecil di rumah.
Tahukah anda keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat
pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa
penyusuan bayi?
Dan tahukah anda bahawa
Susu Kambing sebenarnya mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi
berbanding susu lembu.
Susu adalah sejenis
makanan yang amat kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral
yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin
B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.
Semua nutrien ini penting
untuk satu atau lebih jenis fungsi. Bagaimanapun, kandungan kalsium yang
terdapat dalam susu menjadikannya istimewa. Kalsium susu adalah yang paling
mudah untuk di serap dan digunakan oleh tubuh badan. Kalsium diperlukan untuk
pelbagai proses tubuh yang penting, contohnya aliran saraf,pengawalan denyutan
jantung,pengecutan otot dan penyembuhan luka.Selain itu susu juga merupakan
penambah kekuatan, kesihatan dan kecerdasan.Rasulullah saw sendiri membiasakan
meminum susu agar tubuh baginda menjadi kuat dan tidak mudah diserang penyakit.
Di dalam Al-Quran juga
Allah swt telah menceritakan tentang susu haiwan ternakan yang dijadikan banyak
kegunaannya kepada manusia. Firman Allah swt yang bermaksud: “...dan
sesungguhnya pada haiwan ternakan itu benar-benar terdapat banyak pengajaran
bagi kamu. Kami memberi kamu minum daripadanya apa yang berada di dalam
perutnya berupa susu yang bersih yang berada di antara tahi dan darahnya. Ia
mudah di telan (di minum).” (Surah An-Nahl: 66)
Semua orang memerlukan
kalsium dan juga nutrien berkhasiat lain yang boleh didapati daripada segelas
susu. Lazimnya ramai yang menganggap susu hanya penting untuk tumbesaran
kanak-kanak. Tetapi sebaliknya,susu amat penting untuk membina tulang dan gigi
yang kuat bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Diet kalsium amat penting
bagi golongan wanita berbanding lelaki kerana wanita lebih mudah kehilangan
kalsium berbanding dengan lelaki. Amalan pengambilan susu yang mencukupi boleh
menghindari seseorang itu dijangkiti penyakit osteoporosis iaitu sejenis
penyakit tulang rapuh.
Bagi kanak-kanak pula,
mereka memerlukan dua kali ganda kalsium berbanding orang dewasa. Kekurangan
kalsium pada peringkat umur ini akan menghalang kanak-kanak mencapai ketumpatan
tulang yang maksimum.Ini boleh meningkatkan risiko menghidap osteoporosis di
kemudian hari.
Antara makanan-makanan
yang kaya dengan kalsium adalah:
Ikan bertulang lembut
seperti ikan sardin dan ikan bilis
Kekacang dan produk
kekacang seperti tauhu dan tempe
Sayur-sayuran hijau
seperti bayam dan kailan
Buah-buahan kering
seperti kismis, kurma dan aprikot
Tetapi pengambilan
makanan yang kaya dengan kalsium belum mencukupi. Pastikan kalsium yang diambil
mudah diserap oleh badan seperti kalsium daripada susu. Selain itu, susu juga
amat mudah dihidangkan pada bila-bila masa sahaja. Untuk kesihatan yang
berpanjangan, semua orang sepatutnya tidak mengabaikan pengambilan susu
sehari-hari.
0 comments:
Post a Comment