Susu Kambing Baik Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak.

0 comments
                               
Kandungan nutrien dalam susu kambing dapat meningkatkan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak, menjaga keseimbangan metabolism, meransang pertumbuhan tulang dan gigi. Membantu pembentukan sel-sel darah dan jaringan tubuh.

Penyusuan bayi menggunakan susu kambing mula mendapat sambutan, terutamanya bagi kanak-kanak dan bayi yang menghadapi masalah alahan terhadap susu lembu. Peratus alahan yang tinggi (7.5%), mendorong penggunaan susu kambing. Walaupun susu berasaskan soya dicadangkan bagi menggantikan susu lembu, namun 20-50% kanak-kanak memberi reaksi yang berlawanan terhadap susu berasaskan soya. Sejumlah 99% bayi yang mengalami alahan susu lembu boleh minum susu kambing tanpa masalah kerana susu kambing cepat dicerna. Ini kerana molekulnya lebih kecil dan halus yang memudahkan pencernaan dalam usus. Kandungan vitamin B yang lebih tinggi dalam susu kambing mempercepatkan proses pencernaan dan mengurangkan masalah tidak dapat tidur malam di kalangan bayi.

Susu kambing mengandungi dua kali ganda asid lemak berantai sederhana yang bertindak seperti karborhidrat, asid kaprik dan asid kaprilik (mencegah kesan jangkitan kulat membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia) yang bersifat antimilrob (menghalang pertumbuhan bakteria), membekalkan tenaga dan sistem imun tubuh berbanding dengan susu lembu. Susu kambing tidak mempunyai protein kompleks yang meransang reaksi alahan berbanding dengan susu lembu. Oleh sebab itu susu kambing tidak merencatkan sistem imun bayi. 

Susu kambing juga sesuai untuk bayi yang sering mengalami muntah-muntah dan masalah berat badan tidak bertambah. Walaupun susu ibu masih merupakan satu unsur penting dalam penyusuan bayi, namun sekiranya seseorang ibu tidak dapat menyusukan bayinya, susu kambing mengandungi elemen-elemen yang dapat menggantikan susu ibu dengan baik berbanding dengan susu yang lain.

Dikalangan kanak-kanak, simptom alahan susu lembu ialah bunyi nafas berdehit (wheezing), sesak nafas, jangkitan di telinga, eczema, ruam kulit dan masalah penghadaman iaitu cirit birit. Masalah ini hilang dengan penggunaan susu kambing. Malah, kanak-kanak yang diberi susu kambing memiliki otot badan, pemineralan kerangka, kepadatan tulang, vitamin A, plasma darah, kalsium, tiamina, riboflavin, niasin dan konsentrasi hemoglobin yang lebih tinggi, jika dibandingkan dengan kumpulan anak-anak yang diberi susu lembu.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Millchka Industries | Log In, MP Design