Susu kambing kaya dengan vitamin A yang berfungsi
untuk membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak.
Nutrient yang terkandung di dalam susu kambing adalah sangat berguna untuk
keseimbangan metabolisma tubuh, menjaga keadaan tulang dan gigi serta membantu
dalam pembentukan sel-sel tubuh. Kandungan protein bagi susu kambing dan susu
lembu adalah seakan sama tetapi susu kambing tidak mempunyai (alfa-s-I) kasein.
Tahap vitamin A dalam susu kambing adalah lebih tinggi berbanding susu lembu.
Terdapat perbezaan ke atas kendungan dan struktur
lemak susu kambing dan susu lembu. Lemak susu kambing adalah berukuran 2
mikrometer berbanding dengan susu lembu yang berukuran 2.5-2.3 mikrometer. Saiz
lemak susu kambing yang lebih kecil adalah lebih cepat larut dan mempunyai
kadar homogen yang lebih banyak.
Proses homogen bagi susu lembu dilakukan
menggunakan mesin yang menyebabkan pemecahan ikatan di antara lemak susu.
Selain dari itu enzim xanthine oxidase yang terikat padanya memasuki dinding
pembuluh darah dan mengalir mengikut darah. Enzim ini mampu mempengaruhi
keadaan jantung dan arteri pembuluh darah mengakibatkan kolesterol dibebaskan
ke dalam darah sebagai sistem pertahanan terhadap lemak yang terdapat dalam
darah. Keadaan ini akan menyebabkan pembuluh darah menjadi tersumbat
(arteriosclerosis).
0 comments:
Post a Comment