PENJELASAN ISU LARANGAN CAMPURAN KURMA & KISMIS

0 comments


Assalamualaikum w.b.t.h & Salam bahagia.
Saudara,
Sememangnya isu pemakanan adalah isu yang sangat penting dalam Islam kerana ianya membentuk darah daging manusia itu sendiri. Islam telah menentukan halal dan haram dalam makanan dan minuman. Diharamkan kepada manusia, makanan dan minuman yang berpunca daripada rezeki yang haram. Makanan dan minuman yang beracun dan memudaratkan serta makanan dan minuman yang memabukkan.
Dalam kesempatan ini, ingin saya menjelaskan sedikit kekeliruan dikalangan segelintir orang Islam berkenaan dengan LARANGAN MENCAMPURKAN KURMA DENGAN KISMIS iaitu anggur kering sebagaimana hadith Bukhari daripada Jabir r.a yang berkata:

Maksudnya : Nabi melarang campuran kismis dan buah tamar kering dan buah tamar muda dan buah tamar basah.
Dalam riwayat Abu Daud ada hadith yang lebih kurang sama mafhumnya daripada Abu Qatadah r.a yang berkata:
Maksudnya : Nabi melarang campuran anggur kering yakni kismis dengan kurma.
Larangan campuran kismis dan kurma juga terdapat dalam hadith-hadith riwayat Imam Tarmizi dan juga Nasa'i.

Saudara,
Hadith-hadith tersebut digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengelirukan orang ramai bahawa Jus TOK GURU keluaran Saffron Integrated Marketing yang mengandungi campuran kurma dan kismis adalah haram sama sekali. Sedangkan kajian terperinci terhadap perbahasan ulama' dalam hal ini tidak dilihat dengan penuh cermat.
Imam An-Nawawi Rahimahullah melihat hadith tersebut dengan penuh cermat sebagai tokoh ilmuan Islam yang terkemuka, beliau telah menjelaskan kehendak hadith tersebut di dalam kitab Syarah Sahih Muslim (شرح صحيح مسلم) karangan beliau sendiri secara berhikmah.

Para ulama' menyatakan bahawa sebab timbulnya hadith larangan campuran ini ialah kerana orang Arab Jahiliyah menggunakan teknik campuran kurma dengan kismis bagi menghasilkan arak secara mudah dan murah di rumah-rumah mereka.

Para ulama' dengan penuh teliti menyatakan bahawa apabila di sahkan campuran jus tersebut tiada alkohol dan tidak memudaratkan maka ianya termasuk dalam hukum yang umum iaitu
الأصل في الأشياء الإباحة yang bermaksud Asal hukum sesuatu itu ialah harus.

Para ulama' dengan penuh bertanggungjawab menyatakan bahawa sebab larangan campuran kismis dengan kurma ialah apabila matlamatnya ialah untuk menghasilkan arak,jika niat untuk menghasilkan arak maka barulah ianya dilarang. Sedangkan penghasilan Jus TOK GURU tiada kaitan langsung dengan niat untuk menghasilkan arak.

Para ulama' dengan penuh hikmah menyatakan bahawa kalimah "Naha" yakni "Larang ataupun Tegah" yang digunakan dalam hadith tersebut tidak semestinya membawa hukum haram, ia boleh jadi membawa hukum larangan biasa sahaja. Kerana itulah ulama'-ulama' dalam Mazhab Syafie dan Jumhur Fuqaha' termasuk Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf berpendapat bahawa larangan tersebut tidaklah sampai kepada hukum haram, tidak juga sampai membawa kepada hukum makruh tahrim iaitu makruh yang dekat dengan haram.

Ini kerana kata Imam An-Nawawi Rahimahullah bahawa i'llah(علة) ataupun faktor larangan campuran kismis dengan kurma lebih kepada jika ianya membawa kepada musykil iaitu memabukkan. Maka ulama' berpandangan bahawa minuman jus campuran kismis dan kurma itu seperti Jus TOK GURU tidak menjadi haram selagi mana ianya tidak memabukkan.
Sebenarnya Saudara,
Jus TOK GURU keluaran Saffron Integrated Marketing telah pun mendapat pengesahan HALAL daripada JAKIM dan sememangnya dikilangkan secara IMP iaitu Amalan Pengilangan Secara Islam. Justeru itu, saya menyeru kepada semua individu agar lebih berhati-hati dalam menjelaskan sesuatu hadith ataupun sesuatu hukum daripada hadith kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai jika kefahaman terhadap maksud hadith itu tidak jelas.

Sebaiknya rujuklah terlebih dahulu kepada pihak yang berautoriti ataupun kitab-kitab muktabar ataupun pandangan para ulama' sebagai tindakan yang berhikmah dan lebih berhati-hati.
Kesimpulannya saudara, Jus campuran kismis dengan kurma seperti Jus TOK GURU tidak haram dan selamat untuk digunakan.

Wallahua'lam, wassalamua'laikum w.b.t.h

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Millchka Industries | Log In, MP Design