Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW
adalah:
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda
memakan daging.
* Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda
menjamah ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda
memakan ayam.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
* Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
* Jangan makan buah bersama susu: – dalam erti kata
lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati
khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik
untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu
memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman
boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan
gastrik.
* Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas
memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan
buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
* Rasulullah akan tidur sejam selepas makan
tengahari.
* Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan
makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia
dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
* Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk
makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi
berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan
tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau
bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut)
tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin
membahayakan kesihatan.
* Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat
dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si
pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para
ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam
makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut
mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka
akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam
tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
* Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum
subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00
hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan
sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang
mandi pagi tidak gemuk.
* Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan
melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti
sebelum ia kenyang.
* Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan
banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang
perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang
bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat
penyakit.
* Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas
(membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Hal ini kerana udara yang sengaja
dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya
kepada manusia.
* Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi
(memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak
menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
* Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap
kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan
sebagainya.
* Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan
sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan
sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah
makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam
sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari
terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah jam
sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang
lama serta mengembalikan keserian awek muda.
* Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun
yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah
SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan,
kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang
kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan)
syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).
* Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk
tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman.
Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu
yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan
berdasarkan hadis berikut:
’Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut
Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu. (Silsilah
Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan
ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami
ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti
masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya
Rasulullah! Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
* Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk
makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil
lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan
tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang
menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
* Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar
untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu
juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari
jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna
makanan).
“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan
mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak
mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya,
sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari
segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat
shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir
makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada
makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang
dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui
apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang
melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan
yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat
berkat. (Fathul Bari 9/578).
* Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau
migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari
perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud
maka darah akan mengalir keruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen
pada kadar yang sesuai pada otak manusia.
* Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan
dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas
hamparan.
Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan
Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: ” tidaklah makan
diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam
Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam
(Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah
dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan
bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan
sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).
* Islam melarang penganutnya untuk meminum arak,
memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan
tumbuhan yang beracaun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk
memaka najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya).Serangga yang hidup
melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
* Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah
subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam
pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut.
Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar
pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan
9.00 mlm).
* Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun
menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat
subuh).
* Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada
bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang
disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
* Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya
meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit
sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu
menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah
Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu)
Sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com
0 comments:
Post a Comment