Berikut adalah antara koleksi Hadith bekenaan dengan Susu Kambing dan Kambing yang kami ambil dari sumber para ulama', ustaz/ustazah, majlis ilmu dan buku. Semoga bermanfaat sebagai panduan kita semua.
1. Daripada Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Kambing merupakan binatang yang penuh Baroqah yang ditinggalkan oleh orang soleh terdahulu".
2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadith Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang Nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.
3. Sabda Rasulullah SAW: "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".
4. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa: "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu di dalam syurga". Dalam sepotong hadith yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad SAW sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).
5. Abu Hurairah r.a juga meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].
6. Abu Said al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Akan tiba suatu masa dimana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.
7. Abu Hurairah r.a telah berkata, "Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]
8. Abu Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: "Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."
[Riwayat Imam Muslim]
*Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zadul-Ma'ad Fi Hadyi Khairil 'Ibad menyelit mafhum hadis di atas dalam keterangannya pada kelebihan susu kambing.
0 comments:
Post a Comment