Gambar: Adik Nur Khareen Alya, 2tahun 9bulan |
Anak Adalah tanggungjawab dan amanah Allah untuk kita jaga dan didik. Kita hanya menjalankan tanggungjawab, namun anak itu adalah milik Allah. Tanggungjawab kita adalah mendidik dan membimbingnya.
Jika dia berbuat salah, kita tegur dengan cara yang sesuai dengan peringkat umurnya. Jika dia memohon maaf, sambut kemaafan itu dengan tangan terbuka.
Berikut adalah antara kesan budaya mendidik anak dengan sifat mohon maaf selepas melakukan kesalahan:
1. Anak akan rasa dihargai
-Apabila kita menerima kemaafan dari anak, mereka akan rasa itu adalah hadiah istimewa dan akan disambut dengan baik dan riang.
-Apabila kita menerima kemaafan dari anak, mereka akan rasa itu adalah hadiah istimewa dan akan disambut dengan baik dan riang.
2. Tiada sifat dendam
-Kebiasaannya, kesalahan yang sama akan berulang, tetapi apabila dia memohon maaf terimalah kemaafannya. Perkara ini akan memberi input yang positif kepada anak. Situasi itu memberi mesej untuk dia menjadi orang yang pemaaf dan tidak berdendam.

-Bagaimana boleh berlaku demikian ialah, apabila setiap kali anak memohon maaf ibu terima dan sambut dengan baik, mindanya akan merakam situasi tersebut dalam minda bawah sedarnya. Setelah itu, apabila ada benda sama yang berlaku dalam kehidupannya dia akan mudah memohon dan memberi kemaafan kerana hal tersebut telah terprogram di dalam mindanya.
3. Adab dan akhlak
-Sifat mohon maaf juga mendidik anak untuk tahu adab dan membina akhlak bersama kawan, keluarga atau orang yang lebih dewasa. Secara tidak langsung anak ini dengan mudah faham arahan lain dari ibu bapanya atas sifat melazimi "mohon maaf apabila melakukan kesalahan".

Hakikatnya, anak-anak yang masih dalam fasa pertama kehidupan belum layak menerima herdikan dan teguran keras ibu bapa. Pada saat ini mereka sangat memerlukan belaian manja dan kasih sayang yang melimpah ruah untuk memberi kesan yang positif kepada emosinya.
Perbuatan memohon maaf menunjukkan anak-anak sangat ikhlas untuk membetulkan kesalahnnya dan berusaha untuk menawan semula hati ibu bapanya. Maka sambutlah niat baiknya itu. Kesannya bukan setakat terhadap pembentukan emosinya sahaja malah turut terkait rapat dengan pembentukan kendiri dan perwatakannya kelak. Wallahua'alam.
Tulisan Asal: Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhammad
Olahan Oleh: Ainul Marziah Muhamad Foat
0 comments:
Post a Comment