Kepala Kambing

0 comments


Pada suatu hari, Abu Mas'ud al-Razi berkunjung ke Dahistan. Beliau adalah seorang ahli hadis yang cukup terkenal pada ketika itu.

Apabila perutnya terasa lapar, Abu Mas'ud mendatangi sebuah kedai penjual daging. Beliau memesan hidangan kepala kambing dan sepotong roti.

Daripada penampilan Abu Mas'ud, pemilik kedai itu mengenalinya sebagai seorang ulama. Ia segera berkata: "Aku tahu engkau seorang ahli ilmu Engkau tidak sepatutnya makan di kedai. Tunggulah di masjid aku akan kirimkan makanan ini setelah siap nanti."

Abu Mas'ud mengukuti seranan itu. Tidak lama kemudian, pemilik kedai tadi menghantarkan sebuah kepala kambing terbaik yang ia miliki. Kepala itu telah dibakar dengan sangat cantik dan dihiasi dengan beberapa potong roti lembut dan sayur-sayuran. Hidangan itu dibawa oleh anaknya yang masih kecil bernama Umar.

Abu Mas'ud berasa sangat gembira dengan layanan istimewa itu. Selepas makan, beliau menemui pemilik kedai. Beliau mengucapkan terima kasih dan berkata: "Aku tidak memiliki apa-apa untuk membalas kebaikanmu. Namun begitu, bolehkah engkau serahkan anakmu kepadaku untuk aku ajarkan hadis Nabi?"

Pemilik kedai menyambut tawaran ini dengan gembira. Beliau menyerahkan anaknya, Umar kepada Abu Mas'ud utnuk menimba ilmu daripada beliau dan para ulama yang lain. Beberapa tahun kemudian, dunia Islam abad ke-6 Hijrah mengenali nama Umar bin Abdul Karim al-Dahistani sebagai salah seorang hafiz bertaraf antarabangsa

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Millchka Industries | Log In, MP Design