SUSU KAMBING vs SUSU LEMBU

0 comments

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut :-

Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang nyah acid, maka susu kambing juga sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastrik.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali
Susu Kambing mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana asid dalam darah atau usus. Susu kambing bertindak meneutralkan asid dalam badan. Kandungan asid berlebihan dalam badan sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Asid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing - Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisma yang berbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium & kalsium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga dikaji mampu mengatasi penyakit barah.

Dari Sudut Saintifik

Susu kambing ini adalah susu terbaik selepas susu ibu, susu lain juga baik untuk minuman cuma susu kambing ini terbaik selepas susu ibu. Susu kambing bersifat alkali manakala susu lain bersifat ASIDIK, sebab itu kita tidak jumpa sabun susu lain atau mandian susu lain kecuali susu kambing. Di pasaran terdapat banyak produk berasaskan susu kambing seperti sabun susu kambing, syampu susu kambing, mandian susu kambing dan bermacam jenis alat solek oleh kerana sifat susu kambing yang ALKALI tidak akan merosakkan kulit berbanding susu lain bersifat ASIDIK.

Kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit kronik seperti:

Gastrik, Migrain, Lelah, Sengugut, Darah Tinggi, Masalah penyakit kulit, Ulcer, Hepatitis A, Sakit kuning, Radang sendi, Melambatkan pereputan tulang, Pemulihan selepas pembedahan, Memulih tenaga batin, Membantu pembentukan tulang, Otot dan gigi.

Susu kambing kaya dengan Protein, Enzyme, Mineral, Vitamin 2 dan berbagai-bagai lagi, elemen inilah yang diperlukan dalam merawat dan mencegah penyakit dengan izinNya.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Millchka Industries | Log In, MP Design