MAKANAN RANGSANG SI KECIL BIJAK

0 comments


Glukosa baik untuk tubuh yang menjadi ‘masalah’ ialah ia diserap ke dalam tubuh dengan lebih cepat. Mengapa keadaan sebaliknya pula diperlukan? Sebagaimana disebut tadi, selain tubuh, otak juga memerlukan sumber daripada karbohidrat untuk berfungsi. Sekiranya karbohidrat (dalam bentuk glukosa) terlalu cepat diserap, otak akan menjadi cepat diserap, otak akan menjadi cepat letih disebabkan ‘kekurangan’ tenaga. 

Otak yang kekurangan tenaga tidak berupaya memberi tumpuan lebih lama.
Disebabkan itu banyak kajian dijalankan. Hasilnya, baru-baru ini saintis telah membuktikan karbohidrat unik dikenali sebagai Isomaltulosa lebih berkuasa dalam menjana kecergasan otak dan mungkin menjadikan anak anda bijak!

Menurut Dr.Anne Shaafsma, Ketua Pakar Pemakanan Dan Inovasi Antarabangsa, berada dalam kumpulan zat karbohidrat, isomaltulosa sejenis karbohidrat unik yang lebih banyak ditemui dalam makanan seperti tebu, madu dan pisang berupaya meransang perkembangan otak anak kecil dengan lebih baik.

‘Isomaltulosa banyak digunakan dalam memberikan rasa enak (menjadi pemanis) pada makanan dan minuman seperti susu. Tapi peranannya sama dengan kumpulan zat karbohidrat lain yang boleh menyumbang tenaga dalam bentuk paling ringkas pada tubuh.

“Kajian saya mendapati Isomaltulosa mempunyai peranan yang besar dalam perkembangan otak khasnya yang berusia antara 1-6 tahun. Ibu bapa kini perlu tahu, kanak-kanak bukan hanya memerlukan tenaga untuk tubuh tetapi juga otak mereka.

“Isomaltulosa mampu bertindak jauh lebih baik daripada sumber seangkatan dengannya yang turut membantu dalam memberikan tenaga kepada tubuh dan otak. Lebih menarik, zat ini diserap 26-45 peratus lebih lambat apabila berada dalam tubuh.

“Kadar penyerapan yang sebegini (perlahan) meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak. Tempoh penyerapan bermula sebaik saja ia (Isomaltulosa) masuk ke dalam tubuh si kecil sebelum diolah menjadi glukosa melebihi tempoh 10-15 minit.” Katanya yang memberitahu oleh sebab diserap secara perlahan respons indeks glisemik (glycemic) adalah rendah, bermakna ibu bapa tidak perlu risau kemungkinan serangan diabetes.

KEBAL SERANGAN BAKTERIA

Menurut Dr. Shaafsma, Isomaltulosa juga memiliki ‘kekebalan’ sehingga ia tidak boleh diganggu atau dihuraikan oleh bakteria mulut. Jadi masalah seperti kehadiran karang gigi dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi tidak berlaku.

“Isomaltulosa banyak kebaikan, tetapi anak anda masih memerlukan nutrient lain seperti lemak omega 3,6 dan 9, serta mineral,” jelas pakar yang terlibat dengan puluhan kajian berkaitan makanan dan perkembangan otak manusia ini.

Tambahnya lagi, bukan hanya kajian beliau membuktikan kebenaran zat ini. Kajian penyelidik yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM) juga mendapat keputusan dan penemuan yang serupa.
Menurut Dr. Mohd Nasir Mohd Taib, pakar pemakanan dari fakulti perubatan dan sains UPM, tempoh pembekalan tenaga pada tubuh seharusnya berpanjangan untuk perkembangan tubuh dan otak secara optimum. Ini termasuklah ketika si kecil tidur.

“Walaupun tidur dan makanan tidak lagi masuk ke dalam mulut, otak tetap perlukan ‘makanannya’- glukosa. Ini kerana otak masih berkerja keras ketika tidur untuk memastikan bahagian anatomi tubuh tidak terjejas, memastikan kadar denyutan jantung sekata, suhu tubuh stabil, degupan jantung yang normal dan penafasan lancar.

“Begitu juga untuk memproses memori otak dan membina perancangan untuk keesokan hari. Tugas yang dijalankan oleh otak bukan sesuatu yang mudah dan ringkas. Sebab itu tenaga untuk otak ini sangat penting.

“Walaupun berat rata-rata otak kanak-kanak berusia 1-6 tahun hanya 10 peratus daripada berat badannya, namun ia tetap penting untuk mendapatkan ‘hak’ melalui makanan yang diambil. Sebarang gangguan kekurangan tenaga kepada otak mempunyai kesan pada tubuh yang mungkin membawa kepada keletihan tubuh secara menyeluruh dan memori yang lemah.” Terangnya.

Ujar Dr.Mohd Nasir lagi, otak kanak-kanak masih melalui fasa pertumbuhan yang pesat. 90 peratus berkembang lebih pesat berbanding dengan otak orang dewasa. Mereka memerlukan sebanyak 40 peratus daripada tenaga tubuh hanya untuk membina dan menjalankan fungsi otak. Keperluan ini juga perlu berterusan untuk tempoh yang panjang.

“Jadi dalam banyak-banyak kumpulan makanan, susu yang menjadi menu wajib pada si kecil pada usia 1-6 tahun. Sekiranya ibu bapa memilih susu dan makanan ini akan lebih baik jika mengandungi Isomaltulosa yang boleh dikesan kehadirannya melalui makanan seperti madu, tebu dan pisang atau anda membaca label nutrient.

“Dengan kehadiran Isomaltulosa daya tumpuan seorang kanak-kanak mampu bertahan kurang atau selama tiga jam lebih lama berbanding yang tidak minum susu atau makanan yang diformulasi daripada zat ini atau yang dimakan terus.” Katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Millchka Industries | Log In, MP Design